Sarjan Alang kini jadi 'Abang bomba'

Tangkap layar video tular memaparkan Sarjan Alang kini bertukar profesion kepada anggota bomba.
Tangkap layar video tular memaparkan Sarjan Alang kini bertukar profesion kepada anggota bomba.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang insan istimewa dikenali dengan panggilan Sarjan Alang kerana sering berpakaian seperti anggota polis kini bertukar profesion sebagai 'anggota bomba' pula.

Menerusi perkongsian video pemilik akaun Srieegetz di Facebook, pemuda itu menunggang sebuah motosikal skuter elektrik mengenakan uniform pasukan penyelamat itu dan lengkap bertopi keledar.

"Abang, abang bomba," usik lelaki itu kepada Sarjan Alang menerusi video tular tersebut.

Pada April lepas, pemuda terbabit telah dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis susulan penularan sebuah video berkaitan tindakannya baru-baru ini.

Menurut pemilik akaun Facebook Eone Psyco, kelibat lelaki dikenali sebagai Sarjan Alang mungkin tidak lagi dapat dilihat selepas ini kerana pihak polis telah mengambil tindakan lanjut.

Tidak lama selepas itu, insan istimewa yang gemar memakai baju uniform memulakan fasa baharu dalam hidupnya sebagai ejen sah syarikat gas memasak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!