Lagi kejadian maut jatuh kompleks beli-belah

Lelaki berusia 42 tahun ditemui meninggal dunia berhampiran kawasan bangunan sebuah kompleks membeli-belah di Taiping hari ini.
Lelaki berusia 42 tahun ditemui meninggal dunia berhampiran kawasan bangunan sebuah kompleks membeli-belah di Taiping hari ini.
A
A
A

TAIPING - Satu lagi kejadian maut dipercayai terjatuh dari sebuah kompleks membeli-belah dilaporkan di sini hari ini.

Kali ini, mangsa melibatkan seorang lelaki berusia 42 tahun terjatuh dari tingkat lima bangunan berkenaan.

Ia kejadian kedua selepas 19 Februari lalu apabila seorang wanita berusia 54 tahun turut maut dipercayai terjatuh dari tingkat enam kompleks beli-belah yang sama.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 10.40 pagi.

Menurutnya, mangsa yang beralamat dari Taman Molek, Taiping ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring berhampiran bangunan pasar raya itu.

"Siasatan awal kita mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima yang menempatkan kawasan parkir kenderaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan ahli keluarga, mangsa yang masih bujang menerima rawatan sakit mental dan kali terakhir rawatan pada 3 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

"Kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.