X

Kindly register in order to view this article
!

'Saya orang parti bukan orang pintu belakang'

Amirudin
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan tidak akan mengikut jejak langkah bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggalkan parti.

"Saya orang parti bukan orang pintu belakang. Saya hanya sertai dan bersama beliau selagi beliau berada dalam PKR.

"Tapi apabila beliau tinggalkan PRK maka saya pilih setia bersama parti," katanya pada sidang media bersama pimpinan PH di kediaman rasminya di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor menegaskan tidak akan mengikut jejak langkah bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggalkan parti.

Menurutnya, beliau memegang mandat rakyat yang memilihnya sebagai wakil rakyat dalam PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Begitu juga pimpinan PKR yang berada di sini, (walaupun) ada cubaan untuk mengaitkan sebahagian Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kem Mohamed Azmin namun mereka komited dengan PKR dan tetap bersama PKR serta menyokong dasar PH," katanya.

Terdahulu, kedudukan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor tergugat selepas mempunyai hubungan rapat dengan Mohamed Azmin yang bertindak keluar parti dan menjadi orang penting dalam pembentukan kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus