22 tahun hilang, lelaki ditemukan tinggal rangka dalam tasik

Misteri kehilangan seorang ejen pinjaman perumahan, William Moldt selama 22 tahun akhirnya terungkai dengan bantuan teknologi moden apabila keretanya berjaya ditemui tenggelam di dalam sebuah tasik melalui paparan satelit Google Earth.
Misteri kehilangan seorang ejen pinjaman perumahan, William Moldt selama 22 tahun akhirnya terungkai dengan bantuan teknologi moden apabila keretanya berjaya ditemui tenggelam di dalam sebuah tasik melalui paparan satelit Google Earth.
A
A
A

FLORIDA – Misteri kehilangan seorang ejen pinjaman perumahan, William Moldt selama 22 tahun akhirnya terungkai dengan bantuan teknologi moden apabila keretanya berjaya ditemui tenggelam di dalam sebuah tasik melalui paparan satelit Google Earth.

Pada 7 November 1997, Moldt yang berusia 40 tahun dari Lantana, Florida, dilaporkan keluar bersosial bersama rakan-rakan di sebuah kelab malam.

Kali terakhir dia dilihat ialah ketika memandu pulang menaiki kereta sedan Saturn putih tahun 1994 miliknya.

Menurut laporan, Moldt sempat menghubungi teman wanitanya untuk memaklumkan bahawa dia sedang dalam perjalanan pulang, namun dia tidak pernah sampai ke rumahnya selepas hari kejadian.

Ketika itu, pihak penyiasat tidak menemui sebarang petunjuk dan malah tiada bukti menunjukkan terdapat unsur jenayah, dan kes itu akhirnya ditutup tanpa sebarang perkembangan lanjut.

William Moldt (kiri) dan lokasi kereta yang ditemui dalam sebuah tasik di Florida. - Agensi
William Moldt (kiri) dan lokasi kereta yang ditemui dalam sebuah tasik di Florida. - Agensi

Keluarga serta rakan-rakannya hanya mampu menunggu tanpa jawapan selama lebih dua dekad.

Segalanya berubah pada Ogos 2019 apabila seorang bekas penduduk kawasan Grand Isles di Wellington, berhampiran Lantana, melakukan carian Google Earth dan terlihat objek menyerupai sebuah kereta di dalam tasik.

Beliau kemudian menghubungi seorang penduduk semasa kawasan itu, yang mengambil inisiatif menggunakan dron untuk meninjau lebih dekat dan mengesahkan kewujudan sebuah kenderaan di dasar tasik.

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa segera dimaklumkan dan pasukan penyelam dari Pejabat Sheriff Palm Beach County dihantar ke lokasi untuk menyiasat.

Pada 28 Ogos 2019, pasukan penyelam menemui sebuah kereta sedan putih yang telah berkarat teruk dan tenggelam dalam lumpur tidak jauh dari permukaan air.

Pemeriksaan lanjut menemukan rangka manusia di dalam kenderaan tersebut. Ujian rekod pergigian mengesahkan bahawa ia adalah mayat Moldt dan sekali gus menamatkan misteri yang membelenggu keluarga, rakan dan pihak berkuasa selama lebih 20 tahun.

Apa yang mengejutkan, imej kereta itu sebenarnya dapat dilihat melalui paparan satelit sejak bertahun-tahun lamanya, namun tidak sesiapa menyedarinya.

Tambahan pula, keadaan air yang keruh, pertumbuhan tumbuhan akuatik dan mendapan tanah mungkin menyebabkan kereta itu tersembunyi daripada pandangan orang ramai yang beriadah di tasik tersebut. – Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!