Suami isteri masuk selut sebab ikut Google Maps

Pasukan bomba melakukan kerja-kerja menyelamat menggunakan kaedah winching.
Pasukan bomba melakukan kerja-kerja menyelamat menggunakan kaedah winching.
A
A
A

ALOR GAJAH - Sepasang suami isteri mendakwa berdepan dengan pengalaman mistik ketika mahu memberikan khidmat berinai kepada seorang bakal pengantin berhampiran A' Famosa Resort pada malam Rabu lalu.

Kisah suami isteri masing-masing berusia 29 dan 30 tahun, tular di media sosial TikTok apabila mereka menceritakan berada di kawasan selut di Kampung Ulu Pegoh di sini, sebelum diselamatkan Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah.

Menerusi perkongsian itu mereka menceritakan pengalaman yang disifatkannya mistik seolah-olah ‘dibawa’ oleh makhluk lain ke kawasan sunyi dan seram dengan terdapat selut di kampung berkenaan ketika menaiki kereta Perodua Kelisa.

Lebih 2,000 komen, orang ramai turut memaklumkan laluan itu sebagai ‘keras’ dan penduduk di sekitar tidak akan menggunakan laluan itu yang sebenarnya telah dipagar.

Pasukan bomba tiba di lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pasangan suami isteri di Kampung Ulu Pegoh pada malam Rabu lalu.
Pasukan bomba tiba di lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pasangan suami isteri di Kampung Ulu Pegoh pada malam Rabu lalu.

Sementara itu, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba, Tc Zulkhairani Ramli berkata, tugasan bomba tidak mengira jenis kes sama ada wujud unsur mistik atau tidak sebaliknya kecekapan anggota menjadi titik tolak dalam menyelesaikan setiap masalah orang awam.

Menurutnya, selepas menerima panggilan kecemasan daripada pasangan terbabit, tiga anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Muhammad Nur Fawzal Samsunahar bersama tiga anggota bergegas ke lokasi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

Katanya, setiba di lokasi pihaknya menemui kereta dinaiki pasangan itu yang terbenam di dalam selut sedalam 15 sentimeter di penghujung jalan Kampung Ulu Pegoh berhampiran A’ Famosa Resort.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, mangsa mendakwa mereka dibawa ke tempat itu berdasarkan petunjuk Google Maps ke A‘ Famosa Resort menggunakan laluan Kampung Pegoh.

"Ketika ditemui pasangan itu dalam keadaan panik dan ketakutan, namun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

"Pasukan bomba segera memulakan kerja-kerja menarik kereta tersebut menggunakan kaedah winching," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!