Emel palsu guna identiti Ketua Polis Negara ugut mangsa

Muhammed Hasbullah. Emel yang direka seolah-olah dihantar oleh Ketua Polis Negara.
Muhammed Hasbullah. Emel yang direka seolah-olah dihantar oleh Ketua Polis Negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu cubaan penipuan membabitkan penggunaan nama dan gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerusi emel palsu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Muhammed Hasbullah Ali berkata, emel berkenaan bertajuk “Polis Negara Malaysia” dan dihantar daripada alamat bennett411williams@gmail.com.

"Kandungan emel itu meminta penerima supaya segera memberikan maklum balas kepada penghantar atau berdepan tindakan undang-undang.

"Emel itu direka seolah-olah dihantar oleh Ketua Polis Negara dan turut memaparkan gambar Yang Dihormati Inspektor Jeneral Tan Sri Razarudin Husain bagi meyakinkan mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, kandungan emel itu adalah tidak benar dan merupakan satu cubaan penipuan yang serius.

"Orang ramai yang menerima emel seperti itu dinasihatkan supaya tidak panik dan segera membuat laporan di balai polis berhampiran bagi mengelakkan menjadi mangsa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!