Datuk Seri antara empat ditahan kemuka tuntutan palsu RM360 juta

Seorang individu bergelar Datuk Seri antara empat yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu melibatkan jumlah kira-kira RM360 juta. Gambar hiasan
Seorang individu bergelar Datuk Seri antara empat yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu melibatkan jumlah kira-kira RM360 juta. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang individu bergelar Datuk Seri antara empat yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu melibatkan jumlah kira-kira RM360 juta.

Menurut sumber, kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 50-an hingga 70-an, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini antara jam 4 hingga 6 petang.

“Siasatan awal mendapati perbuatan itu dipercayai dilakukan sekitar tahun 2016 hingga 2017, melibatkan tuntutan menggunakan dana sukuk bagi sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM1.3 bilion.

“Kesemua suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM360 juta berkaitan projek berkenaan,” katanya pada Selasa.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau turut memaklumkan bahawa kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!