Apalah salahnya jika kami dihubungi dahulu: Fattah Amin

No Image Caption
A
A
A

RENTETAN daripada pelbagai kecaman dan salah faham yang masih timbul berikutan penerbitan sebuah artikel berkenaan penampilan Fazura dalam sebuah muzik video, pelakon Fattah Amin tampil meluahkan kekesalannya.

Menerusi luahan panjang lebar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Rabu, Fattah yang juga suami kepada Fazura ini mengakui tersinggung dengan fitnah yang dilemparkan kepadanya dan isteri.

“Kami anggap ramai yang sudah sedia maklum dengan fitnah yang mula tular sejak semalam khususnya di media sosial.

“Walaupun ini bukan kali pertama kami menjadi mangsa fitnah tetapi kali ini ianya berbeza dan menyinggung perasaan kami kerana fitnah itu seolah-olah telah diberikan layanan istimewa oleh seorang ‘pendakwah’ yang gagal membuat usul-periksa yang sewajarnya.

“Apalah salahnya jika kami dihubungi terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian? Wajarkah fitnah itu dijadikan bahan populis dalam akaun media sosial beliau serta mengundang pelbagai cercaan fitnah terhadap kami?

“Kami doakan agar ‘pendakwah’ tersebut diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk mampu berdakwah serta membimbing kami dan masyarakat dengan lebih baik melalui kaedah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Terdapat ramai ilmuan Islam lain yang kami kagumi dan wajar contohi.” tulisnya.

No Image Caption

Bagaimanapun Fattah dalam masa yang sama terharu dan mengucapkan rasa terima kasihnya kepada para peminatnya yang sentiasa menyatakan sokongan dan memahami apa yang berlaku.

Artikel Berkaitan:

Malah menurutnya, ramai di antara mereka yang tampil menyanggah fitnah dan menegakkan kebenaran menerusi pelbagai saluran.

“Kami bersyukur kerana ramai yang telah tampil menyanggah fitnah tersebut serta saksi acara yang menyatakan perkara sebenar melalui pelbagai saluran. Kami amat berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan menegakkan kebenaran bagi pihak kami dalam pelbagai cara.

“Kami berbangga dengan rakyat Malaysia sama ada Islam atau bukan Islam yang semakin matang dalam membuat penilaian, mampu membezakan perkara yang benar dan salah, bahkan menyatakan pandangan tinggi mereka terhadap Islam tidak dijejaskan keghairahan populis serta tidak bertanggungjawab segelintir pihak.

“Inilah antara nikmat yang akan sentiasa kami syukuri kerana dikelilingi oleh mereka yang penyayang dan sering mengambil berat tentang kami. Terima kasih,” ujarnya.