Pengawal keselamatan kantoi rakam gambar remaja

Suspek direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Suspek direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
A
A
A

KAJANG - Tindakan seorang pengawal keselamatan merakam gambar seorang remaja perempuan di sebuah pasar raya di sini mengundang padah apabila suspek diberkas pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku pada 24 April lalu kira-kira jam 7.30 malam.

"Mangsa berumur 16 tahun bersama ibunya berada di kaunter pembayaran sebelum didatangi seorang lelaki yang cuba merakam gambar mangsa.

"Seorang lelaki tempatan yang berada di dalam pasar raya itu bertindak menegur suspek sekali gus menggagalkan perbuatannya," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, suspek kemudian menafikan perbuatannya itu sebelum beredar dari pasar raya berkenaan.

"Bertindak atas maklumat, polis kemudian menahan seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada jam 12.15 tengah malam.

"Polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek," katanya.

Beliau berkata, suspek direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Noriyati Abdullah di talian 016-3516908," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!