Sohaimi kekal terajui DPIA, menang tanpa bertanding

KUALA LUMPUR – Datuk Sohaimi Shahadan kekal menerajui Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN (DPIA) selepas diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden pada Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Perwakilan (AGM) yang berlangsung pada Isnin.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Hameed Dawood pula dipilih sebagai Timbalan Presiden 1 manakala Pengerusi Kumpulan D’Tandoor, Datuk Seri Abdul Malik Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden 2, menggantikan penyandang terdahulu.

Menerusi ucapan sulungnya, Sohaimi menzahirkan penghargaan kepada ahli DPIA atas kepercayaan yang diberikan dan menegaskan komitmen untuk memperkukuhkan peranan organisasi itu dalam memperluas kerjasama perdagangan serantau.
"Mandat ini satu amanah besar. Kami akan terus memperkukuh jaringan ekonomi ASEAN dan memastikan DPIA menjadi platform strategik kepada ahli untuk berkembang ke peringkat global.
"Fokus utama turut diberikan kepada penerokaan pasaran ASEAN, khususnya sempena kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2024," katanya.
Mesyuarat tersebut turut menyaksikan beberapa perubahan dalam barisan kepimpinan bagi memantapkan lagi peranan DPIA sejajar dengan perkembangan ekonomi dan perdagangan serantau.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!