Wanita maut dirempuh ketika bersarapan di kedai kopi

Mangsa dirempuh sebuah kereta ketika sedang menikmati sarapan di sebuah kedai kopi di Jalan Taman Bersatu Sungai Petani pada Isnin.
Mangsa dirempuh sebuah kereta ketika sedang menikmati sarapan di sebuah kedai kopi di Jalan Taman Bersatu Sungai Petani pada Isnin.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang wanita maut dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika sedang menikmati sarapan di sebuah kedai kopi di simpang tiga Jalan Taman Bersatu di sini kira-kira jam 9 pagi Isnin.

Mangsa yang berusia 55 tahun dikatakan sedang makan sebelum secara tiba-tiba dirempuh sebuah MPV jenis Perodua Alza yang hilang kawalan menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharudin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku kenderaan dipandu wanita berusia 68 tahun dikatakan terbabas sehingga memasuki bahagian dalam kedai kopi.

Seorang wanita temui ajal ketika bersarapan di sebuah kedai kopi pada Isnin.
Seorang wanita temui ajal ketika bersarapan di sebuah kedai kopi pada Isnin.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, pemandu kereta dipercayai diserang angin ahmar ketika kejadian menyebabkannya gagal mengawal kenderaan.

"Kemalangan berlaku apabila pemandu dikatakan mengalami 'minor' strok menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas memasuki kedai makan lalu melanggar mangsa yang sedang menikmati sarapan di meja.

"Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian termasuk luka di lengan kanan dan kiri, kedua-dua kaki, muka dan kepala serta disahkan meninggal dunia,"katanya.

Beliau berkata, pegawai penyiasat telah menjalankan siasatan di lokasi dan mengesan saksi bebas yang melihat kejadian.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!