MPAJ kompaun peniaga guna MPV mewah di Taman Melawati

Peniaga yang menggunakan kenderaan MPV mewah sebagai gerai bergerak
Peniaga yang menggunakan kenderaan MPV mewah sebagai gerai bergerak
A
A
A

AMPANG - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melaksanakan pemantauan berterusan terhadap aktiviti menjaja tanpa lesen di sekitar Taman Melawati di sini.

Hasil pemantauan mendapati beberapa lokasi menjaja haram telah dikenal pasti, termasuk tindakan peniaga yang menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah sebagai gerai bergerak, sehingga menimbulkan gangguan kepada orang ramai.

Tindakan tegas telah diambil dengan pengeluaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil MPAJ 2007, bagi mengawal situasi dan menjamin keselamatan serta keselesaan penduduk setempat.

MPAJ dalam kenyataannya menjelaskan, bahawa pihaknya menyokong penuh pembangunan usahawan tempatan sebagai teras kepada pertumbuhan ekonomi komuniti.

MPAJ melaksanakan pemantauan berterusan terhadap aktiviti menjaja tanpa lesen di sekitar Taman Melawati di sini.
MPAJ melaksanakan pemantauan berterusan terhadap aktiviti menjaja tanpa lesen di sekitar Taman Melawati di sini.

Namun, pematuhan kepada undang-undang dan peraturan tetap menjadi asas penting bagi memastikan keharmonian kawasan bandar terus terpelihara.

Bagi menyelesaikan isu ini secara tuntas, satu sesi pertemuan turut dirancang bersama pihak berkaitan bagi mencari pendekatan yang lebih berkesan, bukan sahaja untuk mengelakkan kejadian seumpama berulang, tetapi juga untuk merangka inisiatif membantu para peniaga memulakan perniagaan secara sah dan berdaftar.

Tindakan tegas telah diambil dengan pengeluaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil MPAJ 2007
Tindakan tegas telah diambil dengan pengeluaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil MPAJ 2007

"MPAJ sentiasa beriltizam memperkukuh kerjasama dengan seluruh komuniti dalam membina persekitaran yang selamat, teratur dan sejahtera," menurut kenyataan MPAJ di laman Facebooknya.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempunyai cadangan atau aduan berkaitan boleh menyalurkannya melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MPAJ di pautan https://mpaj.spab.gov.my.

Langkah proaktif ini diharap dapat menjadi titik tolak ke arah keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan ketenteraman awam di kawasan pentadbiran MPAJ.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!