Guru maut ketika beraksi di litar lumba kereta

Guru lelaki di sebuah sekolah rendah maut selepas terbabit kemalangan dalam perlumbaan di Litar Permotoran Antarabangsa Melaka (MIMC), Durian Tunggal, Alor Gajah, pada petang Ahad. (Gambar kecil: DZULKHAIRI)
Guru lelaki di sebuah sekolah rendah maut selepas terbabit kemalangan dalam perlumbaan di Litar Permotoran Antarabangsa Melaka (MIMC), Durian Tunggal, Alor Gajah, pada petang Ahad. (Gambar kecil: DZULKHAIRI)
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Guru lelaki di sebuah sekolah rendah maut selepas terbabit kemalangan dalam perlumbaan di Litar Permotoran Antarabangsa Melaka (MIMC), Durian Tunggal, Alor Gajah, pada petang Ahad.

Kejadian kira-kira 5 petang itu, menyebabkan mangsa, Zafran Saad, 48, yang beralamat di Taman Pulai Perdana, Negeri Sembilan disahkan meninggal dunia jam 10 malam di Hospital Melaka selepas beberapa jam bertarung nyawa.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu Honda Civic itu sedang melalui selekoh tajam di litar bagi merekodkan catatan masa terpantas.

"Namun sebaik tiba di selekoh, kenderaannya dipercayai tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas sendiri ke kiri litar.

"Mangsa yang cedera di kepala telah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.

Tambahnya, kenderaan mangsa telah dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut.

"Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!