Status tanah Seksyen 3 WCE sah diambil alih kerajaan

Kenyataan media mengenai proses sambungan antara Seksyen 2 dan Seksyen 4 WCE tergendala berikutan isu pengosongan tanah di Seksyen 3 berhampiran Taman Sentosa, Klang yang masih belum diselesaikan.
Kenyataan media mengenai proses sambungan antara Seksyen 2 dan Seksyen 4 WCE tergendala berikutan isu pengosongan tanah di Seksyen 3 berhampiran Taman Sentosa, Klang yang masih belum diselesaikan.
A
A
A
SHAH ALAM - Status tanah seluas kira-kira 300 meter yang mencetuskan pertikaian di Seksyen 3 berhampiran Taman Sentosa, Klang, dekat sini telah sah diambil alih oleh kerajaan, menurut Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat Sdn Bhd (WCE).

WCE dalam kenyataan berkata, walaupun pampasan telah dibayar kepada pemilik tanah yang terjejas, terdapat usaha untuk menangguhkan proses tersebut termasuk permohonan interim stay order yang baru-baru ini ditolak oleh mahkamah.

WCE berkata, pampasan telah dibayar kepada pemilik tanah sebagai sebahagian daripada proses pengambilalihan pada September 2023 dan Borang K dikeluarkan untuk memulakan proses pengosongan tanah secara sah pada November 2023.

"Pada Ogos 2024, pemilik tanah memfailkan interim stay order untuk menangguhkan pengosongan tanah, dan April 2025 mahkamah menolak Interim Stay Order itu dan mengesahkan hak kerajaan untuk meneruskan pengambilalihan tanah tersebut,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan kebimbangan yang timbul berhubung isu akses tanah berkenaan, susulan pertikaian berterusan mengenai pengosongan tanah yang telah sah diambil alih oleh kerajaan itu.

WCE berkata, tanah tersebut sehingga kini masih belum dikosongkan, menyebabkan sambungan antara Seksyen 2 dan Seksyen 4 lebuh raya tergendala.

"Susulan itu, WCE sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan proses pengosongan dapat dijalankan.

"WCE ingin menegaskan bahawa pihak syarikat mempunyai hak undang-undang sepenuhnya untuk melaksanakan proses pengosongan tanah sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah,” katanya.

WCE turut komited bagi menyelesaikan isu pengosongan itu mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan dan akan terus berusaha untuk menyiapkan jajaran seksyen berkenaan secepat mungkin selepas proses penguatkuasaan undang-undang selesai. - Bernama
Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!