Dua kumpulan lelaki bergaduh di restoran nasi kandar di Bangsar

Pergaduhan antara dua kumpulan lelaki di sebuah restoran nasi kandar di Bangsar, di Kuala Lumpur mencetuskan kekecohan. Gambar hiasan (Gambar kecil: Ku Mashariman)
Pergaduhan antara dua kumpulan lelaki di sebuah restoran nasi kandar di Bangsar, di Kuala Lumpur mencetuskan kekecohan. Gambar hiasan (Gambar kecil: Ku Mashariman)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pergaduhan antara dua kumpulan lelaki di sebuah restoran nasi kandar di Bangsar, di sini, mencetuskan kekecohan hingga menyebabkan kerugian lebih RM5,000, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian pergaduhan kira-kira jam 5.40 pagi itu membabitkan kira-kira lapan hingga 10 lelaki.

“Akibat pergaduhan itu, cermin kaunter makan dan hiasan al-Quran pada dinding pecah serta meja makan rosak," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ku Mashariman berkata, pelanggan pada masa itu juga tidak membayar bil makanan sebanyak RM1,000 kerana mereka melarikan diri akibat ketakutan.

"Kejadian berpunca akibat seorang wanita daripada salah satu kumpulan telah diganggu oleh kumpulan lain.

"Beberapa suspek yang terlibat dalam kes itu telah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata, polis telah merakam keterangan tiga saksi bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!