'Malaysia minat belajar teknologi pertanian Indonesia'

“Mereka meminta kita berkongsi pengalaman bagaimana Indonesia berjaya meningkatkan pengeluaran beras sehingga menjadi antara negara pengeluar utama dunia,” - Menteri Pertanian Indonesia, Andi Amran Sulaiman.

Andi Amran bersama Mohamad.
Andi Amran bersama Mohamad.
A
A
A

JAKARTA – Malaysia berminat untuk mempelajari teknologi dan kaedah pertanian Indonesia, susulan masalah kekurangan beras yang dihadapi negara itu.

Perkara tersebut disampaikan semasa lawatan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Seri Mohamad Sabu ke Jakarta baru-baru ini.

ANDI AMRAN
ANDI AMRAN

Beliau bertemu dengan Menteri Pertanian Indonesia, Andi Amran Sulaiman bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama pertanian antara kedua-dua negara.

Menurut Andi Amran, Malaysia berminat mempelajarinya termasuk dalam aspek pengurusan sawah, penggunaan benih unggul, serta teknik meningkatkan hasil padi.

“Mereka meminta kita berkongsi pengalaman bagaimana Indonesia berjaya meningkatkan pengeluaran beras sehingga menjadi antara negara pengeluar utama dunia,” kata Andi Amran dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Indonesia dalam beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan kejayaan dalam mencapai hampir 100 peratus keperluan beras domestik selain turut mengeksport ke beberapa negara lain.

Malaysia pula dilaporkan berdepan krisis bekalan beras tempatan, menyebabkan harga beras meningkat dan kerajaan terpaksa meningkatkan import dari luar negara.

Artikel Berkaitan:

Sebagai langkah awal, Indonesia menawarkan program latihan bagi petani dan pegawai teknikal Malaysia selain menjalin kerjasama dalam penyelidikan pertanian dan pembangunan teknologi.

“Kami bersedia membantu Malaysia kerana hubungan serumpun ini perlu kita pelihara, terutama dalam memastikan keterjaminan makanan di rantau ini,” tambah Andi Amran.

Lawatan itu turut membincangkan peluang kerjasama lain termasuk dalam sektor makanan halal, industri ternakan, dan teknologi pemprosesan makanan. -Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!