Pakistan tiada niat mulakan konflik dengan India tanpa provokasi - Menteri Pertahanan

Seorang anggota Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF) India berkawal ketika warga Pakistan kembali ke negara mereka melalui pos sempadan Attari-Wagah, selepas New Delhi menarik balik visa untuk rakyat Pakistan dan Islamabad pula membatalkan visa warga India sebagai tindak balas. Foto AFP

A
A
A

ISLAMABAD - Tentera Pakistan tidak merancang untuk memulakan konflik bersenjata dengan India melainkan negara itu mencetuskan peningkatan ketegangan, kata Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Muhammad Asif kepada RIA Novosti.

"Kami tidak mempunyai sebarang niat untuk memulakan sebarang tindakan, tetapi jika terdapat tindakan (daripada India), maka akan ada tindak balas dan tindak balas itu akan setimpal dengan tindakan itu.

"Jadi saya fikir situasinya jelas - kami tidak mahu mencetuskan atau memulakan apa-apa.

"Tetapi jika India cuba menyerang atau menceroboh Pakistan, mereka akan berdepan tindak balas yang lebih daripada setimpal," katanya. - Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!