CapBay bekerjasama dengan peneraju penjagaan kesihatan

Dari kiri: Penolong Naib Presiden CapBay Ventures, Chooi Yau Chong, Pengasas Bersama CapBay, Darrel Ang, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Antah Healthcare Group, Y.M. Tunku Datuk Mohamed Alauddin Tunku Naquiyuddin dan Naib Presiden (Industri Penjagaan Kesihatan) CapBay, Carmen Chan, semasa pelancaran rasmi CrediBill.
Dari kiri: Penolong Naib Presiden CapBay Ventures, Chooi Yau Chong, Pengasas Bersama CapBay, Darrel Ang, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Antah Healthcare Group, Y.M. Tunku Datuk Mohamed Alauddin Tunku Naquiyuddin dan Naib Presiden (Industri Penjagaan Kesihatan) CapBay, Carmen Chan, semasa pelancaran rasmi CrediBill.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Bay Group Holdings Sdn Bhd (CapBay), iaitu syarikat fintech terkemuka di Malaysia yang mengkhusus dalam pembiayaan rantaian bekalan dan pembiayaan Rakan-ke-Rakan (P2P), hari ini telah bertukar Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Farmasi Al Arif Sdn Bhd (Farmasi Al Arif), HealthMetrics Sdn Bhd (HealthMetrics), HorecaBid Sdn Bhd (HorecaBid) dan Nephrocare Management Sdn Bhd (Nephrocare) sempena acara 25th Southeast Asia Premier Healthcare and Pharma Show 2025 (SEACare 2025) yang berlangsung di MITEC.

Majlis pertukaran MoU ini disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Antah Healthcare, Y.M. Tunku Datuk Mohamed Alauddin Tunku Naquiyuddin,, serta Pengarah Perkhidmatan Digital Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Mohd Redzuan Affandi Bin Abdul Rahim.

Kerjasama strategik ini bertujuan untuk meningkatkan akses pembiayaan digital bagi perusahaan PKS dalam sektor penjagaan kesihatan di Malaysia, yang masih berdepan dengan kitaran pembayaran yang panjang, kekangan modal kerja dan jurang pendigitalan.

Y.M. Tunku Mohamed Alauddin, Darrel Ang, Ketua Pegawai Eksekutif Nephrocare, Datuk Suib Ahmad, Pengarah Urusan Farmasi Al Arif, Muhammad Farahi ‘Arif Tajul Ariffin, ; Pengurus Negara (Malaysia) HealthMetrics, David Lee Jia Ee, Ketua Pegawai Eksekutif HorecaBid, Cindy Chong, Pengarah Perkhidmatan Digital MDEC, Mohd Redzuan Affandi Abdul Rahim dan Carmen Chan, semasa majlis pertukaran MoU.
Y.M. Tunku Mohamed Alauddin, Darrel Ang, Ketua Pegawai Eksekutif Nephrocare, Datuk Suib Ahmad, Pengarah Urusan Farmasi Al Arif, Muhammad Farahi ‘Arif Tajul Ariffin, ; Pengurus Negara (Malaysia) HealthMetrics, David Lee Jia Ee, Ketua Pegawai Eksekutif HorecaBid, Cindy Chong, Pengarah Perkhidmatan Digital MDEC, Mohd Redzuan Affandi Abdul Rahim dan Carmen Chan, semasa majlis pertukaran MoU.

Dalam majlis yang sama, CapBay turut melancarkan CrediBill, penyelesaian B2B Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) yang menawarkan pembayaran segera kepada pembekal dan terma bayaran fleksibel untuk pembeli - sekaligus mengurangkan tekanan aliran tunai serta mempercepatkan penggunaan teknologi dan penaiktarafan operasi.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CapBay, Ang Xing Xian berkata, matlamat CapBay adalah untuk menjadikan pembiayaan digital mudah diakses oleh setiap PKS penjagaan kesihatan - daripada klinik bebas hingga pengedar perubatan supaya mereka dapat menggunakan alatan yang diperlukan untuk berkembang.

“Menerusi MoU ini, kami menghimpunkan pemain utama industri untuk bersama-sama membentuk ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih tangkas, berdaya saing dan bersedia menghadapi transformasi digital,” katanya.

Artikel Berkaitan:

DARREL ANG
DARREL ANG

Melalui kerjasama ini, pihak-pihak terlibat akan berkongsi maklumat mengenai tren industri penjagaan kesihatan, meneroka inisiatif bersama, dan melaksanakan program perintis yang menyokong inovasi berasaskan pembiayaan.

Usaha ini bertujuan mengurangkan halangan dalam proses perolehan dan pembayaran sambil menggalakkan PKS penjagaan kesihatan untuk melangkah ke arah pendigitalan tanpa dihalang oleh kekangan pembiayaan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Farmasi Al Arif, Muhammad Farahi ‘Arif bin Tajul Ariffin, berkata, penyelesaian pembiayaan CapBay akan memperkemas proses perolehan mereka, membolehkan Syarikat farmasi itu memenuhi permintaan industri farmaseutikal yang semakin meningkat serta meningkatkan mutu perkhidmatan.

Manakala menurut Pengurus Negara (Malaysia) HealthMetrics, David Lee Jia Ee pula, integrasi pembiayaan CapBay dalam model Syarikat itu telah mempertingkatkan pengurusan manfaat penjagaan Kesihatan.

“Pada masa sama memberikan nilai tambah kepada pelanggan dan keseluruhan ekosistem penjagaan Kesihatan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas HorecaBid, Cindy Chong juga berkongsi bahawa syarikatnya berbesar hati dapat bekerjasama dengan CapBay untuk mengintegrasi penyelesaian pembiayaan fleksibel dalam platform mereka, memberi kuasa kepada pembekal dan pembeli dalam sektor penjagaan kesihatan dan hospitaliti.

“Kerjasama ini membolehkan pembekal membuka akses kepada modal kerja, manakala pembeli dapat mengoptimumkan aliran tunai mereka,” ujar beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif Nephrocarem DatUK Suib Ahmad, menambah,, akses kepada pembiayaan yang fleksibel amat penting bagi penyedia perkhidmatan khusus seperti mereka.

“Kerjasama ini akan meningkatkan kecekapan kewangan kami serta menambah baik penjagaan pesakit melalui kecekapan operasi,” jelasnya.

Naib Presiden (Industri Penjagaan Kesihatan), CapBay, Carmen Chan berkata, dengan sokongan kerjasama strategik dan saluran pembiayaan yang kukuh, CapBay menyasarkan untuk memperkasakan lebih 1,000 perniagaan penjagaan kesihatan dalam tempoh 12 bulan akan datang, dengan jumlah pembiayaan melebihi RM100 juta.

“Matlamat kami adalah untuk membolehkan PKS penjagaan kesihatan menerima transformasi digital tanpa dibatasi oleh kekangan kewangan.

“Dengan menggabungkan pembiayaan inovatif dan model kredit berasaskan AI, kami memudahkan sektor ini untuk berkembang dengan penuh keyakinan,” katanya.

CARMEN CHAN
CARMEN CHAN

Sehingga kini, CapBay telah menyalurkan lebih RM4 bilion pembiayaan kepada 2,000 PKS kurang mendapat perkhidmatan dalam lebih 20 industri.

Inisiatif terbaru ini menjadikan CapBay antara penyedia pembiayaan alternatif pertama yang memberi tumpuan khusus kepada sektor penjagaan kesihatan dengan penyelesaian yang disesuaikan.

Pertukaran MoU ini melambangkan misi yang lebih besar: untuk memacu keterangkuman kewangan dan inovasi dalam sektor yang masih menghadapi cabaran akses modal.

Dengan memperkukuh hubungan bersama pemain ekosistem penjagaan kesihatan, CapBay membuka laluan ke arah ekonomi penjagaan kesihatan yang lebih mampan dan bersedia menghadapi masa depan - yang berkembang melalui akses kewangan, alat digital dan perkongsian ilmu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!