Polis buka kertas enkuiri siasat dakwaan pegawai peras penjual lembu

Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof
Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Polis Negeri Sembilan mengesahkan menerima laporan mengenai dakwaan pemerasan melibatkan pegawainya seperti yang sedang tular di media sosial.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kes berkenaan didakwa dilakukan oleh pegawai tersebut semasa bertugas di kontinjen negeri ini.

"Kertas enkuiri polis telah dibuka bagi siasatan awal dan setakat ini, tiga keterangan telah diambil untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, tular di media sosial laporan polis dibuat seorang lelaki iaitu penjual lembu bertarikh 22 April, berhubung dakwaan yang dikatakan bermula pada 2019.

Laporan itu dibuat bagi mendapatkan wang daripada pegawai polis tersebut, setelah mengetahui dia tidak lagi bertugas di Negeri Sembilan.

Pengadu memaklumkan telah menyerahkan RM50,000 kepada seorang lelaki, yang dipercayai ‘orang tengah’ kepada seorang pegawai polis.

Wang tersebut dikatakan sebagai jaminan supaya pengadu tidak dikenakan langkah-langkah tertentu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Akta Pencegahan Jenayah kerana pengadu pernah ditahan bawah Sosma pada 2018 atas kesalahan gengsterisme.

Pada 2022, ‘orang tengah’ itu dikatakan ke rumah pengadu dan meminta bayaran RM50,000 namun dia hanya mampu membayar RM30,000.

Hasil siasatan awal mendapati, pegawai tersebut mengakui kenal dengan pengadu namun hanya atas urusan tugas iaitu dalam mendapatkan maklumat risikan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!