Polis buka kertas siasatan terhadap doktor bergelar Datuk Seri

Polis buka kertas siasatan terhadap seorang individu bergelar Datuk Seri yang disyaki memberikan rawatan kecantikan dan kesihatan di Puchong. Gambar kecil: Anbalagan
Polis buka kertas siasatan terhadap seorang individu bergelar Datuk Seri yang disyaki memberikan rawatan kecantikan dan kesihatan di Puchong. Gambar kecil: Anbalagan
A
A
A

SERDANG - Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang individu bergelar Datuk Seri yang disyaki memberikan rawatan kecantikan dan kesihatan di Puchong di sini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya terkesan dengan hantaran di media sosial berkenaan isu doktor bergelar Datuk Seri palsu itu yang didakwa memberikan rawatan tanpa sebarang lesen dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta jabatan-jabatan berkaitan.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 kerana menggunakan anugerah tidak diiktiraf," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Anbalagan berkata, hasil perkongsian maklumat, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah menyerbu premis tersebut pada Selasa.

"MBSJ mengesahkan premis tersebut tidak mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi menjalankan perkhidmatan pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan.

"Tindakan notis dan sitaan telah dibuat oleh pihak MBSJ," ujarnya.

Mengulas lanjut, Anbalagan berkata, kes masih di dalam siasatan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar yang boleh mengganggu proses siasatan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!