USIM, TH hasil buku panduan haji umrah untuk OKU penglihatan

Pengarah UMMI, Profesor Madya Dr Norakyairee Mohd Raus berkata, projek tersebut mendapat persetujuan daripada Lembaga Tabung Haji (TH).
Menurutnya, buku itu bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan komuniti OKU itu terhadap praktikal ibadah haji dan umrah.
"Proses transkripsi panduan telah selesai dijalankan dan draf akhir panduan tersebut telah diserahkan kepada TH bagi tujuan semakan," katanya menerusi kenyataan.
Katanya, cadangan untuk membangunkan panduan itu telah bermula pada tahun lalu melalui beberapa siri perbincangan dan siri bengkel yang diadakan.
Ujarnya, projek ini juga menyokong Pelan Tindakan Agensi Agama bagi OKU Muslim 2024-2028 ke arah usaha pengupayaan masyarakat cakna OKU dan pemerkasaan komuniti OKU.
Sementara itu,Ketua Bahagian Bimbingan Haji Lembaga TH, Shahrin Awaludin berkata, TH sentiasa berusaha memastikan jemaah haji termasuk dalam kalangan OKU diberi perhatian, kefahaman dan kemudahan untuk menyempurnakan ibadah mereka.
"Usaha penambahbaikan dari segala sudut perkhidmatan sentiasa menjadi keutamaan dan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
“Jalinan kerjasama ini diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan diteruskan lagi bukan sahaja kepada komuniti OKU penglihatan tetapi melibatkan semua kategori OKU, " katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

