Final Piala Malaysia: JDT bersemangat uji padang SNBJ sebelum jumpa Sri Pahang

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) melakukan sesi latihan rasmi sempena Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto Bernama
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) melakukan sesi latihan rasmi sempena Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto Bernama
A
A
A

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) kelihatan berada dalam persediaan terbaik menjelang aksi final Unifi Piala Malaysia menentang Sri Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok.

Menjelang perlawanan penutup musim itu, Harimau Selatan malam tadi menguji keadaan padang di SNBJ.

Barisan bintang JDT kelihatan bersemangat untuk menamatkan musim dengan satu lagi kejuaraan, sekali gus menyapu bersih kesemua gelaran domestik musim ini.

Saksikan pertembungan penutup musim ini secara langsung di Astro Arena saluran 801 dan Astro Arena Bola saluran 803 bermula dengan rancangan khas pada jam 7.00 petang, malam esok.

Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka. - Stadium Astro/ Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!