Johor umum 28 April cuti peristiwa

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengisytiharkan 28 April (Isnin) sebagai hari cuti peristiwa sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 menentang Sri Pahang.
Pengumuman itu dibuat bagi menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap pencapaian cemerlang pasukan Harimau Selatan.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, cuti tersebut turut mencerminkan semangat perpaduan rakyat Johor dalam menyokong pasukan bola sepak negeri.
"Harimau Selatan kini dalam misi memburu gelaran kelima Piala Malaysia selepas menjulang trofi tersebut pada tahun 2017, 2019, 2022 dan 2023.
"Menjunjung setinggi-tinggi kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mohkota Ismail atas visi, perancangan dan usaha luar biasa dalam menjadikan JDT sebuah kelab bola sepak berprestij, bukan sahaja di Malaysia, bahkan kini disegani di rantau Asia," katanya dalam kenyataan di Facebook pada malam Khamis.
Beliau turut menggesa penyokong Harimau Selatan menyakisikan Perlawanan akhir menentang Sri Pahang dijadual berlangsung pada di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
"Orang ramai turut dijemput hadir memeriahkan sambutan khas "Chapter 2: The 11" di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, jam 8 malam pada Ahad ini, malam sebagai penghargaan kepada pasukan JDT.
"Sokongan padu penyokong diminta agar terus menggegarkan stadium dan menjadi ‘pemain ke-12’ untuk mengangkat semangat juang pasukan. Ayuh Johor, Luaskan Kuasamu!," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!