Muhyiddin bertemu KSU dua kementerian

Muhyiddin bertemu pegawai Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar Negeri hari ini. - FOTO: FB Muhyiddin Yassin
Muhyiddin bertemu pegawai Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar Negeri hari ini. - FOTO: FB Muhyiddin Yassin
A
A
A
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan ketua setiausaha di dua kementerian hari ini.

Muhyiddin berkongsi pertemuan bersama Ketua Setiuasaha (KSU) Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas dan KSU Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob itu di Facebooknya.

Muhyiddin berkata, Mohd Gazali memberi penerangan mengenai perkembangan sektor pendidikan negara termasuk statistik pencapaian terkini dan cadangan untuk mempertingkatkan bidang itu.

"Datuk Sri Muhammad Shahrul pula memaklumkan tentang keadaan semasa hubungan Malaysia dengan negara-negara lain.

"Di samping jalinan kerjasama dan persidangan penting yang akan berlangsung tahun ini," katanya.

Hari ini merupakan hari ketiga Muhyiddin bertugas sebagai Perdana Menteri kelapan selepas mengangkat sumpah jawatan tersebut di Istana Negara pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: PM hadiri taklimat perkembangan ekonomi, Covid-19

Pagi semalam, Muhyiddin mengikuti beberapa taklimat dan perbincangan tertutup bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Beliau turut menghadiri taklimat status terkini Covid-19 oleh pasukan petugas khas Kementerian Kesihatan (KKM).
Artikel Berkaitan:


ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin bertemu Mufti Wilayah Persekutuan

Pada sebelah petang, beliau bertemu Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada jam 2.30 petang.

Difahamkan sesi taklimat yang diadakan bagi membincangkan isu penting dalam negara sebelum pembentukan Kabinet dalam masa terdekat.