X

Kindly register in order to view this article
!

PM hadiri taklimat perkembangan ekonomi, Covid-19

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersama Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali (kiri) dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa taklimat status Covid-19 oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Kesihatan di Bangunan Perdana Putra hari ini. -fotoBERNAMA
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memulakan tugas pada hari kedua di pejabat dengan mendengar taklimat mengenai keadaan ekonomi dan status terkini wabak koronavirus (Covid-19).

Bermula seawal jam 9.15 pagi, Muhyiddin diberikan taklimat kira-kira dua jam berkenaan kedudukan ekonomi dan fiskal negara di Pejabat Perdana Menteri.

Hadir dalam taklimat itu ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir; Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen; Ketua Ekonomi, Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan, Dr V. Sivabalasingam dan Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican.

Usai taklimat berkenaan, Muhyiddin diberikan pula taklimat mengenai status Covid-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa taklimat status Covid-19 oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Kesihatan di Bangunan Perdana Putra hari ini. -foto: BERNAMA
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa taklimat status Covid-19 oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Kesihatan di Bangunan Perdana Putra hari ini. -foto: BERNAMA

Selain Mohd Zuki, taklimat itu juga dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri M. Shahrul Ikram Yaakob dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman.

Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual mengadakan pertemuan dengan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Ahad lepas.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus