Mahu anak ramai, Elon Musk didakwa hantar sperma kepada wanita Jepun

NEW YORK- Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, dilaporkan mahu membina ‘kumpulan besar anak’, susulan itu beliau sanggup menghantar sperma kepada wanita di Jepun bagi mencapai impian tersebut, menurut laporan Wall Street Journal.
Musk, 53, disahkan mempunyai sekurang-kurangnya 14 orang anak dengan empat wanita berbeza termasuk bekas isterinya Justine Musk, penyanyi Grimes, eksekutif Neuralink, Shivon Zilis dan personaliti media konservatif, Ashley St Clair.
St Clair, 26, mendedahkan bahawa beliau telah melahirkan anak ke-13 Musk pada September tahun lalu. Beliau turut memaklumkan beberapa mesej Musk yang menyatakan hasrat untuk menambah bilangan anak melalui ibu tumpang, termasuk kenyataan: “Saya nak hamilkan awak lagi. Guna ibu tumpang pun tak apa, kita kena capai tahap legiun sebelum kiamat.”
Menurut laporan tersebut, Musk menggunakan platform media sosialnya untuk merekrut bakal ibu dan mencadangkan penggunaan ibu tumpang bagi mempercepatkan proses mendapatkan anak.
St Clair, 26, yang melahirkan anak ke-13 Musk pada September lalu, mendedahkan bahawa beliau ditawarkan AS$15 juta (kira-kira RM71.4 juta) dan bayaran bulanan AS$100,000 (sekitar RM476,000) untuk merahsiakan identiti bapa kepada anaknya.
Namun, selepas beliau mendedahkan hubungan mereka pada Februari, bayaran tersebut dikurangkan kepada AS$40,000 (RM190,400) sebulan dan kemudian menjadi AS$20,000 (RM95,200).
Musk dipercayai telah menghantar sperma kepada seorang wanita berprofil tinggi di Jepun selepas didekati oleh pegawai dari negara tersebut.
Beliau sering menyuarakan kebimbangan terhadap kadar kelahiran yang menurun dan percaya bahawa individu pintar perlu mempunyai lebih ramai anak untuk menjamin masa depan manusia. -Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

