SPM 2024: Pencapaian sekolah harian setanding SBP, MRSM

Pencapaian sekolah harian pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 amat membanggakan setanding Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Pencapaian sekolah harian pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 amat membanggakan setanding Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
A
A
A

PUTRAJAYA - Pencapaian sekolah harian pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 amat membanggakan setanding Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan berkata, kejayaan itu berkait rapat dengan langkah pemerkasaan guru berimpak tinggi yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Intervensi seperti pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025, latihan dalam komuniti, pembelajaran profesional dan pemantapan bimbingan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) turut meningkatkan kompetensi guru serta kualiti pembelajaran di sekolah harian," katanya menerusi sidang akhbar keputusan SPM 2024, di sini pada Khamis.

Ujarnya, peningkatan itu secara tidak langsung membuktikan murid di semua kategori sekolah mampu mencapai kecemerlangan apabila mendapat sokongan dan persekitaran pembelajaran kondusif.

Terdahulu, Azman mengumumkan 14,179 calon SPM 2024 atau 3.7 peratus memperoleh keputusan cemerlang gred A, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus atau 2,446 calon berbanding tahun 2023 iaitu 11,713 calon.

Ia sekali gus menunjukkan keputusan terbaik sejak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan syarat wajib lulus bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah pada tahun 2013.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!