663 calon SPM 2024 di Kedah raih semua A

Ismail (tengah) mengumumkan 663 calon atau 2.68 peratus daripada 28,933 pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2024 di Kedah memperoleh semua A.
Ismail (tengah) mengumumkan 663 calon atau 2.68 peratus daripada 28,933 pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2024 di Kedah memperoleh semua A.
A
A
A

ALOR SETAR – Seramai 663 calon atau 2.68 peratus daripada 28,933 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Kedah berjaya memperoleh semua A.

Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Ismail Othman berkata, jumlah itu meningkat berbanding 568 calon pada tahun sebelumnya.

Katanya, Kedah turut mencatat peningkatan dalam pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) dengan skor 4.64 bagi tahun ini, berbanding 4.77 pada tahun lalu.

“Skor GPN lebih rendah menunjukkan pencapaian keseluruhan lebih baik dalam peperiksaan.

“Selain itu, 5,197 calon atau 21 peratus memperoleh sekurang-kurangnya gred C dalam semua mata pelajaran, manakala 9,384 calon atau 37.92 peratus lulus semua mata pelajaran,” katanya ketika sidang media sempena pengumuman keputusan SPM di sini pada Khamis.

Menurutnya, sebanyak 41 daripada 65 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, manakala 24 mata pelajaran mencatatkan penurunan.

“Seramai 77 daripada 99 calon berkeperluan khas di Kedah pula lulus peperiksaan dan layak menerima sijil SPM,” ujarmya.


804 calon SPM Negeri Sembilan peroleh semua A

Artikel Berkaitan:

SEREMBAN - Seramai 804 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Negeri Sembilan memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran berbanding 631 calon pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu 24 calon memperoleh semua A+ meningkat empat orang berbanding 2023

Pengarah Pendidikan Negeri, Khalidah Omar berkata, Kolej Tunku Kurshiah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dengan 1.05 mata sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Datuk Hj Abu Hassan Hj Sail bagi SMKA dengan 1.46.

Menurutnya, Sekolah Menengah Agama Nilai menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) mendapat GPS terbaik dengan 1.55 manakala bagi kategori sekolah harian milik SMK King George V dengan 2.13.

"Jurang pencapaian antara calon di bandar dan luar bandar semakin mengecil l kepada 0.05 berbanding 0.07 pada 2023.

"Berdasarkan GPS, semua enam daerah mencatatkan peningkatan, dengan Kuala Pilah merekodkan peningkatan lapan tahun berturut-turut," katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan SPM Negeri Sembilan pada Khamis.

Katanya, pelajar di 40 sekolah daripada keseluruhan 121 sekolah layak mendapat sijil SPM seratus peratus.

Selain itu katanya, jumlah calon SPM yang tidak hadir menduduki peperiksaan juga turut menunjukkan penurunan

"Seramai 190 calon sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak hadir peperiksaan menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 305 calon.

"Penurunan peratusan calon tidak hadir SPM ini hasil intervensi dilaksana KPM peringalkat pusat dan negeri selain penglibatan ibu bapa dan sekolah selain sikap ambil cakna pemimpin masyarakat dalam usaha mengurangkan keciciran pelajar menduduki peperiksaan SPM.

"Diharapkan usaha ini dapat diteruskan tahun-tahun berikutnya demi menjamin masa depan generasi akan datang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!