KPM benarkan majlis penyerahan slip keputusan SPM di sekolah dengan syarat

KPM turut berkongsi info grafik bersama kenyataan itu di laman Facebooknya malam tadi.
KPM turut berkongsi info grafik bersama kenyataan itu di laman Facebooknya malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa majlis pengumuman dan penyerahan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dibenarkan untuk diadakan di peringkat sekolah, dengan syarat semua calon yang menduduki peperiksaan tersebut turut diraikan.

Menurut kenyataan KPM, majlis seperti ini perlu melibatkan semua calon SPM dan bukan hanya segelintir pelajar cemerlang sahaja, bagi menghargai usaha setiap individu yang telah berkerja keras dan menyumbang kepada pencapaian keseluruhan sekolah.

“KPM meraikan semua calon yang telah berusaha gigih sepanjang tempoh persekolahan mereka. Setiap pelajar memainkan peranan penting dalam membentuk prestasi sekolah secara kolektif,” kata kenyataan itu malam tadi.

Sebagai tambahan, sekolah digalakkan untuk membuka reruai-reruai bimbingan kerjaya dan pendidikan tinggi sempena majlis tersebut. Inisiatif ini bertujuan memberi dorongan dan maklumat berguna kepada lepasan SPM mengenai peluang pengajian dan kerjaya masa hadapan.

KPM turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2024.

Majlis ini selaras dengan aspirasi #7TerasKPM dan nilai teras #MalaysiaMADANI dalam menjunjung pendidikan yang menyeluruh dan inklusif, berpaksikan semangat #PendidikanManusiawi dan #TaatSetia kepada pembangunan generasi muda negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!