Kim Seri sah jadi isteri jejaka Korea

Kim Seri bersama suaminya Choi Amin selepas selamat diijab kabulkan.
Kim Seri bersama suaminya Choi Amin selepas selamat diijab kabulkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pempengaruh media sosial, Kim Seri kini sah bergelar isteri selepas selamat diijab kabul dengan jejaka pilihannya yang merupakan warganegara Korea.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Kim Seri menerusi laman Instagram miliknya @kimseri_eina yang turut memaparkan gambar bersama suaminya.

"Dua jiwa, satu janji, satu perjalanan... Semoga ALLAH merahmati perkahwinan ini dan menjadikan kami suami isteri, orang yang bertakwa," tulisnya.

Pempengaruh media sosial, Kim Seri kini sah bergelar isteri selepas selamat diijab kabul dengan jejaka pilihannya yang merupakan warganegara Korea.
Pempengaruh media sosial, Kim Seri kini sah bergelar isteri selepas selamat diijab kabul dengan jejaka pilihannya yang merupakan warganegara Korea.

Dalam pada itu, Kim Seri turut memohon doa daripada orang ramai agar perkahwinan yang dibina bersama suami tercinta, Choi Amin sentiasa dalam lindungan ALLAH.

"Ya ALLAH, berkatilah pasangan ini Choi Amin dan Seri Azlina. Limpahkanlah keberkatan kepada mereka berdua dan kurniakanlah mereka rezeki yang luas, penyelesaian terhadap segala hutang-hutang, kelegaan dari segala kesusahan dan keberkatan dalam hidup serta perkahwinan mereka.

“Jadikanlah perkahwinan ini pintu kepada rezeki, kebahagiaan dan kejayaan. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih," katanya lagi.

Dia turut berharap agar perkahwinan ini menjadi permulaan baharu yang lebih bermakna dalam hidupnya dan berterima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus daripada pengikut serta keluarga tersayang.

Artikel Berkaitan:

Majlis pernikahan pasangan itu juga mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengikut yang mendoakan agar mereka berdua dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai beberapa individu didakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan milik pempengaruh tempatan yang menetap di Korea Selatan dengan jumlah kerugian hampir RM500,000.

Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan memulangkan wang pelanggan yang terjejas sebelum atau 1 Februari 2025.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!