Baung ekor merah masuk perangkap terubin Pok Mat

Ikan baung ekor merah seberat 15 kilogram, ikan pendatang yang berjaya ditangkap oleh Mohamad Syukri di Sungai Jelai pada Selasa. Foto ihsan Mohamad Syukri
Ikan baung ekor merah seberat 15 kilogram, ikan pendatang yang berjaya ditangkap oleh Mohamad Syukri di Sungai Jelai pada Selasa. Foto ihsan Mohamad Syukri
A
A
A

LIPIS - Ikan baung ekor merah (BEM) seberat 15 kilogram berjaya ditangkap seorang penduduk di Kampung Mela di sini pada Selasa.

Mohamad Syukri Yusof, 45, atau lebih dikenali Pok Mat berjaya menangkap ikan pendatang tersebut menggunakan terubin di Sungai Jelai.

"Saya pasang terubin sehari sebelum dan bila lihat petang semalam (Selasa) tengok ikan baung ekor merah.

"Ikutkan tahun ini pertama kali dapat ikan baung ekor merah dan memang pernah dapat banyak kali ikan sama di Sungai Jelai," katanya kepada Sinar Harian.

Ujarnya, ikan itu dijual dengan harga RM25 sekilogram kepada penggemarnya.

Ikan berkenaan kebiasaannya dimasak gulai masam, gulai lemak cili api, goreng berlada dan celup tepung.

BEM atau nama saintifiknya Hemibagrus wyckioides dipercayai berasal dari sistem sungai Mekong dan Chao Phraya dan diperkenalkan ke perairan tempatan melalui aktiviti akuakultur.

Ikan baung ekor merah yang dijual kepada penggemarnya. Foto ihsan Mohamad Syukri
Ikan baung ekor merah yang dijual kepada penggemarnya. Foto ihsan Mohamad Syukri

Artikel Berkaitan:

Spesies ini dianggap sebagai ikan pendatang kerana bukan berasal dari ekosistem asli Malaysia dan kehadirannya boleh mengganggu keseimbangan biodiversiti tempatan.

Sebelum ini, Jabatan Perikanan Negeri Pahang pernah mendedahkan ikan asing terutamanya baung ekor merah dilaporkan semakin membiak di Sungai Pahang dan beberapa sungai utama di negeri ini dan mengambil beberapa inisiatif antaranya pertandingan menangkap BEM bagi mengurangkan populasinya di Pahang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!