X

Kindly register in order to view this article
!

Peraduan Wayang HibSinar – Bloodshot

Wayang Hib Sinar - Bloodshot
A
A

PERADUAN Wayang HibSinar kini kembali lagi dengan sebuah filem aksi terbaru lakonan Vin Diesel yang berjdudul Bloodshot. Filem arahan Dave Wilson itu akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 12 Mac depan.

Bloodshot mengisahkan tentang seorang askar Marin, Ray Garrison, mendapati dirinya kini mempunyai kuasa luar biasa setelah dihidupkan semula oleh pasukan saintis rahsia, RST, selepas mati terbunuh bersama isterinya.

Menerusi teknologi canggih nanoteknologi di dalam uratnya, dia kini menjadi mesin pembunuh biotek yang lebih kuat bernama Bloodshot dan mampu pulih secepat mungkin.

Ray tidak dapat mengingat masa lampaunya tetapi apabila memorinya kembali, dia meloloskan diri daripada fasiliti itu dan memburu orang yang membunuhnya.

Apakah yang sebenarnya berlaku seterusnya? Berjayakah Ray membongkar konspirasi yang dirancang? Dapatkan jawapannya dengan menonton filem ini di pawagam berdekatan.

Bloodshot

Bahasa: Inggeris

Pengarah: Dave Wilson

Pelakon: Vin Diesel, Eiza González, Sam Heughan, Toby Kebbell, Guy Pearce

Genre: Aksi/drama

Klasifikasi: P13

Tayangan: 12 Mac 2020

Edaran: Sony Picrures Entertainment

PERADUAN

Bagi yang ingin menonton secara percuma dan menjadi antara yang terawal menonton filem Bloodshot secara eksklusif bersama Wayang HibSinar (Sinar Harian), lengkapkan slogan menarik dan kreatif tentang filem ini.

Bloodshot merupakan filem wajib tonton saya kerana:

................................................................................................................................................

Lengkapkan slogan tersebut beserta info diri anda (Nama Penuh, No K/P, Alamat, No. Telefon) dan e-mel ke: [email protected] (tarikh tutup: 8 Mac 2020).

INFO TAYANGAN

Tarikh: 11 Mac 2020 (Rabu)

Masa: 8.15 malam

Lokasi: MBO Tropicana

(Terima kasih: Sony Pictures Entertainment: Olivia Liew)

**Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja. (Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!