PM arah semua MoU, kerjasama dengan China disegerakan

Fahmi
Fahmi
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua memorandum persefahaman (MoU) dan kerjasama antara Malaysia dan China dilaksanakan segera.

Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibangkitkan Anwar menerusi mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Menurutnya, mesyuarat turut memutuskan Kementerian Luar Negeri (KLN) akan menyelaras pelaksanaan MoU yang telah ditandatangani.

"Sebagai contoh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini ada menyebut mengenai cadangan hab berkembar antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Henan, China.

"Jadi ini antara perkara yang telah menyaksikan perkembangan agak pantas dan beberapa pertemuan telah diadakan dalam masa beberapa hari kebelakangan ini," katanya dalam sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet di sini.

Rabu lalu, Anwar dan Presiden China Xi Jinping menyaksikan pemeteraian 31 MoU dan pertukaran nota membabitkan kerjasama antara kementerian dan agensi kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Jinping mengadakan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia bermula 15 April atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Ini adalah lawatan kedua beliau ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas kunjungan pertamanya pada 2013 yang menyaksikan peningkatan hubungan diplomatik kedua-dua negara kepada tahap Perkongsian Strategik Komprehensif.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!