Jika tukar kerajaan, saya tak akan menangis, kata Aziz Bari

Dr Abdul Aziz Bari
Dr Abdul Aziz Bari
A
A
A

IPOH - Exco Kerajaan Perak dari DAP, Dr Abdul Aziz Bari memaklumkan bahawa beliau tidak akan menangis sekiranya berlaku perubahan dalam pentadbiran negeri.

Menurutnya, sejak hari pertama dipilih wakil rakyat dan dilantik sebagai Exco, pihaknya sedar kedudukan itu tidak akan kekal selamanya.

"Apa nak ditangiskan, saya boleh senyum lagi kerana perkara (kedudukan) ini sesuatu yang perlu dijangka jadi tak perlulah menangis.

"Saya rasa rakyat pun tak suka tengok orang menangis hanya kerana jawatan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, mana-mana pemimpin perlu menerima hakikat meninggalkan jawatan apabila tidak lagi mendapat sokongan.

"Politik bukan tempat untuk cari makan, masuklah bila sudah berkedudukan dan membina kehidupan bukan untuk jadi kaya..itu tidak betul," katanya.

Dalam perkembangan sama, Naib Pengerusi DAP negeri itu menyangkal dakwaan bahawa situasi lompat parti di Melaka akan berlaku di Perak.

"Melihat formasi di sebelah sana, bukan orang macam saya yang diperlukan, tak ada siapa nak beli dan bincang, jika ada pun saya fikir itu hanya melawak sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan: