vivo V50 Lite: Cas sekali, tahan berhari-hari

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bersiap sedialah Malaysia! vivo sekali lagi bakal menggemparkan negara dengan ketibaan vivo V50 Lite yang menggabungkan kuasa, prestasi dan gaya.

Direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup pantas dan sentiasa aktif, vivo V50 Lite dilengkapi dengan bateri vivo BlueVolt 6500mAh, 90W FlashCharge dan inovasi bateri bertaraf perdana dari vivo dimana semuanya dibalut dalam badan ultra nipis 7.79mm.

Kuasa yang bertahan, teknologi yang mendahului

Hayat bateri kekal sebagai salah satu sebab utama pengguna menaik taraf telefon pintar mereka dan vivo V50 Lite direka untuk memenuhi keperluan ini secara langsung.

Dengan bateri vivo BlueVolt 6500mAh dan pengecasan pantas 90W, pengguna boleh mengecas sehingga 20 peratus dalam hanya 7.5 minit dan mencapai cas penuh dalam masa kurang sejam.

vivo V50 Lite juga menyokong pengecasan terbalik, membolehkan pengguna mengecas fon telinga atau telefon kawan serta menjadikannya mudah untuk cas sekali dan kekal bertenaga selama berhari-hari, tidak kira apa jua cabaran harian anda.

Tetapi kuasa vivo V50 Lite tidak terhenti pada saiz semata-mata. vivo telah melengkapkan V50 Lite dengan teknologi proprietari yang mentakrifkan semula maksud prestasi bateri. Struktur grafit dua lapisan meningkatkan kecekapan tenaga dan pengaliran haba, ibarat pengecas turbo dan tangki bahan api dalam satu.

Ini dipadankan dengan teknologi cold-pressing canggih yang memampatkan elektrod bateri tiga kali ganda untuk menambah kepadatan tanpa menambah saiz, membolehkan vivo memasukkan bateri 6500mAh dalam badan setebal hanya 7.79mm.

Sementara itu, ukiran laser mikro 3D memperkemaskan aliran ion dalam bateri untuk pengecasan yang lebih pantas dan stabil. Fungsi seperti Super Battery Saver memastikan fungsi penting kekal berjalan walaupun hanya tinggal 1 peratus bateri, manakala AI Sleep Mode melindungi kesihatan bateri jangka panjang dengan menyesuaikan diri kepada tabiat pengguna.

Diuji dalam suhu ekstrem antara -20°C hingga 50°C, vivo V50 Lite direka untuk bekalan kuasa yang boleh dipercayai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Gaya bertemu prestasi

Langsing, bergaya, dan menawan. vivo V50 Lite membuktikan anda tidak perlu korbankan gaya untuk prestasi. Dengan kerangka ultra nipis 7.79mm, skrin rata 2.5D, dan bingkai berkilat tinggi, peranti ini direka untuk menonjol dengan gaya yang mengasyikkan.

Ia juga menampilkan paparan P-OLED 6.77 inci yang mesra mata dengan nisbah skrin-ke-badan 94.2 peratus dan bezel ultra nipis untuk pengalaman visual sepenuhnya.

Titanium Gold – gabungan keanggunan teknologi dengan sentuhan kehangatan.

Artikel Berkaitan:

Phantom Black – penampilan kosmik dengan ton ungu lembut.

Fantasy Purple – gradasi merah jambu-ungu yang mengingatkan pada langit senja.

Sertai Cabaran TikTok #BlueVoltBatteryMissionMY

Bagi meraikan pelancaran yang akan datang, vivo Malaysia mengajak semua orang menyertai Cabaran TikTok #BlueVoltBatteryMissionMY. Bermula dari 1 hingga 18 Mei 2025, pengguna boleh memuat naik video menampilkan kehebatan bateri vivo V50 Lite untuk peluang memenangi barangan eksklusif, malah mungkin memenangi vivo V50 Lite baharu!

Malaysia, sudah bersedia untuk pengalaman kuasa terunggul? vivo V50 Lite akan tiba tidak lama lagi dan ia direka untuk menemani anda jauh ke hadapan.

Ikuti vivo Malaysia di media sosial untuk kemas kini terkini.

Laman Rasmi: https://www.vivo.com/my

Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!