Penyelam Israel 'hilang' selepas dibaham jerung

Kelibat jerung terbabit yang sempat dirakamkan pengunjung. Foto Agensi
Kelibat jerung terbabit yang sempat dirakamkan pengunjung. Foto Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Warganet gempar dengan video tular memaparkan seorang penyelam 'hilang' selepas dibaham jerung di luar pantai Israel pada Isnin.

Insiden itu dilaporkan berlaku di kawasan larangan mandi berhampiran stesen kuasa Orot Rabin di Hadera dan turut disaksikan pengunjung pantai yang lain.

Difahamkan, kejadian serangan jerung jarang berlaku di Tel Aviv dan kali terakhir adalah pada 2013.

Kejadian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi warganet malah ada yang menyebut ia sebagai 'balasan' kerana bertindak kejam terhadap penduduk Palestin.

Klip yang tersebar secara meluas menunjukkan detik akhir sebelum serangan jerung itu berlaku yang jelas menunjukkan haiwan akuatik itu berada dekat dengan beberapa pengunjung yang berada di dalam air pada ketinggian paras pinggang.

Ketika ini, pasukan penyelamat giat menjejaki mangsa meskipun banyak pihak percaya peluang untuk menemuinya masih hidup agak tipis. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!