Taktik penyeleweng sorok petrol dalam stor gagal

Stor digunakan untuk menyimpan petrol bersubsidi di Jalan POIC, Lahad Datu diserbu PPM.
Stor digunakan untuk menyimpan petrol bersubsidi di Jalan POIC, Lahad Datu diserbu PPM.
A
A
A
LAHAD DATU - Taktik penyeleweng sorok petrol bersubsidi di dalam sebuah stor gagal apabila Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan kegiatan tersebut di Jalan Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) di sini pada Isnin.

Komander PPM Wilayah 4, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, dalam serbuan kira-kira jam 6 pagi itu, sebanyak 9,000 liter petrol dipercayai untuk diseleweng berjaya dirampas di premis tersebut.

"Pemeriksaan dilakukan di lokasi dan menemui bahan api bersubsidi yang disimpan dalam 17 tong drum plastik pelbagai saiz, lima tangki IBC dan dua tangki fibre.

"Dalam operasi ini juga seorang lelaki berusia 36 tahun yang berada di lokasi turut ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang permit sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung penemuan petrol tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya lagi, susulan daripada itu, kesemua barangan yang ditemui dirampas dan nilai dianggarkan berjumlah sebanyak RM50,700.
Artikel Berkaitan:


"Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!