Dua anggota URB disyaki minta, terima rasuah direman enam hari

Dua anggota URN itu dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman pada Ahad.
Dua anggota URN itu dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman pada Ahad.
A
A
A

GEORGE TOWN - Dua anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di negeri ini direman selama enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada dua lelaki melibatkan satu kes pengedaran dadah di Bayan Lepas.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 20 dan 30-an itu dikeluarkan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret George Town di sini pada Ahad.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai telah meminta wang rasuah kira-kira RM1,500 daripada dua lelaki yang yang sebelum itu ditahan oleh penduduk di satu kawasan pangsapuri di Bayan Lepas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

"Ketika dibawa ke pejabat bagi urusan siasatan, salah seorang suspek meminta wang RM1,500 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka.

"Salah seorang daripada lelaki berkenaan kemudian membuat pindahan wang berjumlah RM200 menerusi aplikasi e-wallet kepada akaun salah seorang anggota terbabit yang turut meminta agar sebuah motosikal mereka ditinggalkan sebagai cagaran bagi membayar baki wang RM1,300 yang diminta," katanya.

Sumber berkata, susulan itu, salah seorang lelaki berkenaan telah membuat aduan di Pejabat SPRM Pulau Pinang sebelum kedua-dua suspek ditahan sekitar jam 7.30 hingga 9 malam pada Sabtu bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 19(a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!