Akmal Saleh tempelak sikap tidak hormat Jalur Gemilang

Muhammad Akmal
Muhammad Akmal
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh kecewa apabila ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap masih berlaku, kali ini membabitkan sebuah ekspo.

Beliau menegaskan bahawa maruah negara akan terus diperlekehkan sekiranya tiada penguatkuasaan yang lebih tegas tidak dilaksanakan.

“Selagi tidak gubal undang-undang untuk kenakan hukuman yang berat kepada mereka ini, selagi itulah negara ini diperlekehkan sebegini rupa tanpa rasa hormat.

“Buat dulu, baru minta maaf,” katanya di Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini media melaporkan Sin Chew Daily menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang di muka hadapan akhbar terbitannya tidak lengkap.

Kejadian itu mencetuskan kritikan daripada pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda menegaskan pihak pengurusan serta jabatan pengarang akhbar terbabit seharusnya lebih peka serta menyemak kandungan terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Dalam hantaran sama, Dr Muhammad Akmal turut mempersoalkan tindakan susulan daripada pihak berwajib berhubung isu berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Jadi, ada menteri yang nak buat taklimat pada Baby Expo ni juga ke?” Soal beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!