Dana Anugerah Kewartawanan Kinabalu meningkat RM110,000

Hajiji (kiri) diiringi Lucy (kanan) menyampaikan cek cura RM110,000 sumbangan kerajaan Sabah untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu kepada Mariah pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Rakan Media di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu pada Sabtu.
Hajiji (kiri) diiringi Lucy (kanan) menyampaikan cek cura RM110,000 sumbangan kerajaan Sabah untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu kepada Mariah pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Rakan Media di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Dana Anugerah Kewartawanan Kinabalu yang disumbangkan kerajaan Sabah meningkat kepada RM110,000 pada tahun ini berbanding RM100,000 pada tahun sebelumnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan itu kepada Persatuan Wartawan Sabah (SJA) selaku penganjur anugerah pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Rakan Media di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu di sini pada Sabtu.

Pengarah Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri, Datuk Lucy Irene Yong berkata, Majlis Hari Raya Aidilfitri itu dihoskan khas Ketua Menteri khusus untuk pengamal media di negeri ini.

Katanya, Hajiji dan kerajaan negeri amat menghargai peranan dan kerjasama pihak media yang terus memberi sokongan dan membantu melaporkan program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

"Sambutan tahun ini berbeza daripada tahun sebelumnya kerana ia diadakan di Menara Kinabalu yang mempunyai dewan yang cantik dan indah," katanya ketika berucap pada Sabtu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam dan Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai.

Selain itu, Presiden SJA, Mariah Doksil; Presiden Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA), Jimmy Goh serta Ketua-Ketua Pengarang dan Biro akhbar serta portal berita.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!