20dB Hearing mudahkan orang ramai dapat rawatan pemulihan pendengaran terbaik

SEGAMAT - [DIKEMAS KINI] Pembukaan 20dB Hearing di bandar ini, dilihat bakal membantu memudahkan urusan orang ramai terutamanya penduduk di sekitar daerah ini mendapatkan rawatan terbaik, khususnya bagi pemulihan pendengaran.
Rata-rata penduduk menyifatkan kewujudan 20dB sememangnya dinanti-nantikan penduduk bagi mendapatkan rawatan pemulihan pendengaran yang dialami.

Justeru, kewujudan 20dB juga sememangnya memberikan kelegaan kepada orang ramai yang tidak perlu pergi jauh hanya bagi mendapatkan rawatan bagi rawatan berkenaan.
"Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan berada di 20dB cawangan Segamat yang baru saja dirasmikan pada hari ini (Sabtu).
"Sebelum ini kalau kita ada masalah pendengaran dan juga apa pun masalah pendengaran, kita kena pergi jauh dari Segamat dan paling dekat pun, Melaka.
"Jadi dengan adanya 20dB di Segamat ini saya nampak memang sangat-sangat memudahkan; jadi warga Segamat jom datang beramai-ramai ke 20dB yang berada di Bandar Utama," katanya.

Seorang lagi penduduk, Siti Rohana Ali, 26, berkata, memang banyak kelebihannya apabila premis seperti 20dB diwujudkan di Segamat.
Katanya, kewujudannya memang sangat-sangat membantu orang-orang Segamat bagi melakukan pemeriksaan telinga sekiranya mengalami masalah pendengaran.
"Hari ni saya datang ke klinik 20dB area cawangan Segamat, sebelum ni tak ada pusat macam ni di sini, kena pergi jauh sampai Melaka.
"Oleh itu memang banyak kelebihanlah sebab selain buat pemeriksaan, kita juga boleh buat rawatan jika ada mengalami masalah pendengaran di sini," katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Pemulihan Pendengaran 20dB, Muhammed AIDIL Haikal Ayob, 24, berkata, pembukaan cawangan 20dB hearing cawangan Segamat secara keseluruhannya bertujuan memberikan kemudahan kepada warga Segamat bagi mendapatkan rawatan terbaik.

Malah katanya, dalam masa sama, pihak 20dB juga mahu memberikan kesedaran
tentang pentingnya penjagaan kesihatan pendengaran.
"Kalau dilihat, di sini, kita ada buat ujian pendengaran bagi melihat sama ada pendengaran seseorang itu normal atau tidak.
"Selain itu kita juga cuba mencari penyelesaian sekiranya terdapat masalah pendengaran pesakit dengan bantuan pelbagai alat bantu pendengaran.
"Kalau tengok di sini, kita ada bermacam jenis alat bantu pendengaran mengikut kepada kesesuaian dan tahap kepada masalah pendengaran pesakit," katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah, Ng Kor Sim menyifatkan pembukaan 20dB di kawasan berkenaan bukan sahaja memberikan kemudahan tetapi turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Katanya, penduduk juga tidak perlu lagi mendapatkan rawatan khususnya bagi telinga di lokasi yang agak jauh seperti sebelum ini.

"Akhirnya kita sudah ada premis 20dB hearing di Segamat dan saya harap ini boleh membantu lebih ramai penduduk di Segamat untuk dapatkan rawatan; tak payahlah susah-susah pergi buat pemeriksaan sampai Melaka ataupun Kuala Lumpur.
"Selain itu, 20dB juga akan menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk di sini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!