Remaja maut motosikal bertembung pacuan empat roda dipandu pesara guru

Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Atas Tol, di sini, awal pagi Jumaat.
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Atas Tol, di sini, awal pagi Jumaat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Atas Tol, di sini, awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, mangsa, Farid Rizuan Mohamad Hanapiah, 16, yang menunggang motosikal Honda EX5 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari rumah kenalan di Kampung Pengadang Baru ke rumahnya di Kampung Surau Haji Daud.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Everest dipandu pesara guru berusia 71 tahun dari arah Kampung Kedai Buluh menghala ke rumah di Kg Atas Tol dipercayai membelok masuk simpang, sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!