Pemandu pacuan empat roda dakwa terlanggar motosikal kerana tertidur

Polis meminta kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian langgar lari membabitkan sebuah pacuan empat roda dengan sebuah motosikal di Jalan Permatang Sireh, di sini pada 24 November lalu agar tampil membantu siasatan.Gambar hiasan
Polis meminta kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian langgar lari membabitkan sebuah pacuan empat roda dengan sebuah motosikal di Jalan Permatang Sireh, di sini pada 24 November lalu agar tampil membantu siasatan.Gambar hiasan
A
A
A

KEPALA BATAS - Polis meminta kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian langgar lari membabitkan sebuah pacuan empat roda dengan sebuah motosikal di Jalan Permatang Sireh, di sini pada 24 November lalu agar tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, kejadian dilapor berlaku pada jam 10.15 pagi itu melibatkan penunggang motosikal dari arah Jalan Permatang Buloh menghala Pongsu Seribu.

Berikutan kejadian itu, pihaknya menerima laporan daripada penunggang motosikal iaitu lelaki warga emas berusia 75 tahun.

"Siasatan dijalankan mendapati warga emas itu dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 19 tahun.

"Bagaimanapun, pemandu tidak berhenti kerana panik serta bimbang dengan tindakan orang ramai yang menyaksikan kejadian dan terus pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari lokasi kemalangan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Anuar berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda membuat laporan polis empat hari selepas kejadian.

Menurutnya, pemuda itu mendakwa dia terlanggar motosikal itu kerana tertidur ketika memandu.

"Penunggang motosikal cedera ringan di tangan serta kaki manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya

Artikel Berkaitan:

Katanya, kertas siasatan berhubung kemalangan itu hampir lengkap dan akan dirujuk ke pejabat pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata,orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Mohd Nasir Abu Mansor di talian 016-2152574.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!