Manchester United, Tottenham mara separuh akhir Liga Europa

[DIKEMAS KINI] MANCHESTER United mara ke separuh akhir Liga Europa selepas menang 5-4 ke atas kelab Ligue 1 Perancis, Lyon dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Old Trafford pada Jumaat.
Gol United dijaringkan Manuel Ugarte (m-10), Diogo Dalot (m-46), Bruno Fernandes (m-114), Kobbie Mainoo (m-120) dan Harry Maguire (m-121).
Jaringan Corentin Tolisso pula meletakkan Lyon kembali dalam permainan minit ke-71, diikuti jaringan Nicolas Tagliafico (m-77),
Rayan Cherki (m-104) dan Alexandre Lacazette (m-109).
Kemenangan anak buah Ruben Amorim itu membolehkan The Red Devils mara dengan agregat 7-6 selepas kedua-dua pasukan seri 2-2 di Parc Olympique Lyonnais, 11 April lalu.
Di Deutsche Bank Park, Tottenham Hotspur meneruskan kemaraan selepas menewaskan kelab Bundesliga Jerman, Eintracht Frankfurt secara agregat 2-1 selepas menang 1-0 timbal balik kedua.
Dominic Solanke muncul wira The Lilywhites kendalian Ange Postecoglou apabila menyempurnakan sepak penalti minit ke-43, selepas penjaga gol Eintrach,
Frankfurt, Kaua Santos mengasari James Maddison.
Di Stadium Olimpico, wakil Norway, Bodo Glimt meneruskan persembahan luar biasa di kejuaraan tahap dua kelab Eropah itu apabila menyingkirkan pasukan pilihan, Lazio, 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat 3-3 secara agregat.Bodo sebelum ini menang 2-0 di Stadium Aspmyra pada 11 April lalu, namun tewas 1-3 perlawanan timbal balik kedua kepada
I Biancocelesti bimbingan Marco Baroni itu.
Sementara itu, kelab La Liga Sepanyol, Athletic Bilbao mengesahkan kemaraan selepas menyingkirkan cabaran kelab liga Scotland, Rangers secara agregat 2-0 di Stadium San Mames.
Anak buah Ernesto Valverde melangkah ke separuh akhir sebuah pertandingan utama Eropah buat kali pertama sejak musim Liga Europa 2011/12 semasa era kendalian Marcelo Bielsa.
LIGA EUROPA
Separuh Akhir Pertama
1 MEI
Athletic Bilbao lwn Manchester United
Tottenham Hotspur lwn Bodo Glimt
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
