Rexy buka mulut penyatuan semula Tang Jie-Ee Wei

Laporan Sukan Sinar 17 April. (Gambar kecil: Rexy)
Laporan Sukan Sinar 17 April. (Gambar kecil: Rexy)
A
A
A

REXY Mainaky membuka mulut mengenai punca beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kembali 'bersatu' pada Rabu selepas berpisah sementara akhir bulan lalu.

Pengarah kejurulatihan beregu negara itu mendedahkan bahawa keputusan untuk kembali bergandingan dibuat oleh mereka sendiri tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

Malah beliau berkata, Ee Wei-Tang Jie juga memperoleh pengalaman berguna susulan peristiwa tersebut dan berharap ia tidak berlaku lagi selepas ini.

“Mereka duduk bersama dan berbincang. Keputusan untuk kembali bersama itu dibuat oleh mereka sendiri.

“Tiada paksaan dan mereka sudah belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini dan pasti ia akan diperbaiki agar tidak berulang lagi,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Selasa meminta pasangan itu dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menimbang semula keputusan untuk berpisah.

BAM pada Rabu memutuskan untuk kembali menggandingkan pasangan nombor empat dunia itu selepas mereka dipisahkan akhir penghujung Mac lalu.

Ia susulan tidak wujud lagi persefahaman sehingga menyebabkan mereka digugurkan daripada menyertai Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China.

Artikel Berkaitan:

Biarpun kembali bergandingan, namun mereka akan beraksi bersama Chan Wen Tse dan Loo Bing Kun buat seketika kerana nama sudah didaftarkan dalam beberapa kejohanan akan datang.

Jadi Tang Jie-Ee Wei dijangka kembali 'berjumpa' pada kejohanan Terbuka Singapura bermula 27 Mei hingga 1 Jun depan.

Sebagai rekod mereka juga berada dalam senarai awal program Road to Gold (RTG) menuju ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!