BAM sahkan Tang Jie-Ee Wei berpisah

Tang Jie (kanan) dan Ee Wei bakal digandingkan dengan pasangan baharu. Foto Agensi.
Tang Jie (kanan) dan Ee Wei bakal digandingkan dengan pasangan baharu. Foto Agensi.
A
A
A

TEKA-TEKI 'hubungan' beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sejak disatukan dua tahun lalu akhirnya terjawab.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk memisahkan mereka dan bakal digandingkan dengan pasangan baharu selepas ini.

Keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Prestasi yang dipengerusikan Pemangku Presiden BAM, Datuk V Subramaniam.

Subramaniam berkata, keputusan dibuat selepas meneliti laporan yang dikemukakan oleh jurulatih beregu campuran, Nova Widianto dan Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky.

“Kami telah menerima laporan akhir daripada Nova dan Rexy. Pasangan ini akan dipisahkan untuk kejohanan-kejohanan yang akan datang,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

BAM turut memberi lampu hijau kepada Nova dan Rexy untuk menentukan pasangan baharu yang sesuai buat kedua-dua pemain itu.

Sejak 2023, Tang Jie-Ee Wei pernah bergelar beregu campuran ketiga terbaik dunia.

Malah, mereka turut merangkul beberapa gelaran termasuk Terbuka Korea 2024 dan Orleans Masters 2023.

Artikel Berkaitan:

Tang Jie berpotensi untuk bergandingan sama ada dengan Chan Wen Tse atau Gobi Vannee.

Ee Wei pula mungkin membentuk gandingan baharu dengan Loo Bing Kun, Yap Roy King atau Choong Hon Jian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!