Baim Wong, Paula Verhoeven sah bercerai

Kemelut rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven berakhir dengan keputusan rasmi bercerai.
Kemelut rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven berakhir dengan keputusan rasmi bercerai.
A
A
A

KEMELUT rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven berakhir dengan keputusan rasmi bercerai.

Keputusan perceraian itu dicapai selepas Majelis hakim Pengadilan Agama Jakarta Selatan membenarkan permohonan yang telah diminta beberapa kali oleh Baim Wong.

Menerusi keputusan yang dibuat, hakim menyatakan Paula terbukti nusyuz, derhaka dan tidak menghormati suami.

"Berkaitan dengan pihak ketiga (curang), majlis hakim menyatakan terbukti.

"Dengan demikian hakim menetapkan pihak termohon (Paula) adalah isteri yang nusyuz, isteri derhaka, tidak menjaga kehormatan sebagai isteri dan mengkhianati hubungan suci suami isteri," ujar Suryana, Humas PA Jakarta Selatan seperti dilaporkan Detik.com.

Pasangan yang mempunyai dua orang anak itu juga diberi hak asuh secara bergilir dengan penggiliran dua minggu sekali.

Terdahulu Baim memfailkan perceraian kepada Paula pada Oktober tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2018.

Pelakon dan penerbit itu mendakwa Paula curang dengan rakan baiknya sendiri namun tidak memperincikan butiran pertuduhan tersebut.- Gempak/ Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!