Lucut hak pemilik ternakan merayau di LPT2

Mamad ketika membahaskan isu berkenaan pada Persidangan DUN di Wisma Darul Iman, di sini pada Rabu.
Mamad ketika membahaskan isu berkenaan pada Persidangan DUN di Wisma Darul Iman, di sini pada Rabu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pemilik ternakan yang membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) wajar dilucut hak atau hilang hak pemilikan terhadap haiwan berkenaan sebagai pengajaran supaya lebih bertanggungjawab.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh berkata, isu haiwan berkeliaran di lebuh raya itu sudah lama berlarutan sehingga mengakibatkan kemalangan maut dan kecederaan serius kepada pengguna jalan raya.

"Baru-baru ini ada penduduk kampung yang maut selepas terlanggar lembu di lebuh raya, manakala seorang jiran saya pula terlibat dalam kemalangan dengan sekumpulan lembu hingga mengalami kecederaan kekal dan kereta baru mengalami kerosakan teruk.

"Buat masa ini, pihak LPT2 sudah melakukan penambahbaikan dan sentiasa memantau pagar keselamatan, namun insiden pencerobohan haiwan masih berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan isu itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman, di sini pada Rabu.

Katanya, satu enakmen baharu perlu digubal bagi melaksanakan tindakan ke atas pemilik ternakan yang menceroboh kawasan lebuh raya.

"Dengan kata lain, pemilik hilang hak ke atas ternakan tersebut atau lucut hak.

"Nampak keras tetapi sesuai memberi pengajaran kepada pemilik dan satu enakmen perlu diubah agar selari dengan hasrat ini," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman monyet liar yang semakin berleluasa di sekitar Hulu Terengganu sehingga mengganggu kehidupan penduduk.

Artikel Berkaitan:

"Kasihan kepada petani dan penduduk. Gotong-royong menembak monyet pun hasilnya tidak memuaskan, peluru mahal dan pemilik senjata api pun tidak ramai.

"Saya harap pihak polis mempertimbangkan semula kebenaran kepada anggota Rela untuk menggunakan senapang bagi menembak monyet liar," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!