Cubaan seludup kura-kura, biawak gagal

Antara dirampas adalah tiga kura-kura African Spurred Tortoise, empat kura-kura Sulawesi Forest Turtle serta tujuh biawak Harlequin Monitor.
Antara dirampas adalah tiga kura-kura African Spurred Tortoise, empat kura-kura Sulawesi Forest Turtle serta tujuh biawak Harlequin Monitor.
A
A
A

SEPANG – Taktik licik seorang lelaki warga India untuk menyeludup keluar pelbagai spesies hidupan liar dari negara ini gagal apabila berjaya dikesan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lalu.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, cubaan itu terbongkar dalam operasi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama Polis Bantuan Lapangan Terbang (AVSEC).

Beliau berkata, pemeriksaan sebelum itu dilakukan terhadap bagasi milik suspek yang dijadualkan menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tiruchirappalli, India.

Suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen kelulusan daripada Perhilitan untuk membawa keluar haiwan terbabit dari negara ini.
Suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen kelulusan daripada Perhilitan untuk membawa keluar haiwan terbabit dari negara ini.

"Pemeriksaan lanjut ke atas bagasi tersebut menemui 14 ekor haiwan eksotik yang disyaki cuba diseludup keluar tanpa dokumen sah.

"Antara dirampas adalah tiga kura-kura African Spurred Tortoise, empat kura-kura Sulawesi Forest Turtle serta tujuh biawak Harlequin Monitor," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, soal siasat mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen kelulusan daripada Perhilitan untuk membawa keluar haiwan terbabit dari negara ini.

Kesemua haiwan berkenaan telah disita dan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM13,000.
Kesemua haiwan berkenaan telah disita dan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM13,000.

"Kesemua haiwan berkenaan telah disita dan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM13,000," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Ujar Abdul Kadir, tindakan suspek adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 65, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan Seksyen 10, Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686].

Beliau turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan atau penyimpanan hidupan liar secara haram agar menghentikan segera perbuatan tersebut.

"Perhilitan komited membanteras jenayah hidupan liar demi memastikan kelestarian biodiversiti negara.

"Sekiranya orang awam mempunyai maklumat berkaitan, sila salurkan kepada kami segera,” tegasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!