Kempen The Original Adidas raikan musim bunga, panas 2025 penuh bergaya

SHAH ALAM - Kempen ‘The Original’ oleh Adidas Malaysia sempena musim Bunga/Panas 2025 tampil lebih bergaya apabila menyaksikan wajah baharu produk ikonik seperti Superstar II, Handball Spezial, Samba OG, Firebird Track Top dan Firebird Track Pants.
Adidas Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gerakan itu dilakukan untuk meraikan keberanian, keaslian dalam mengekspresikan diri dan semangat untuk mencipta jejak sendiri.
Menurutnya, bagi mengangkat semangat kempen tersebut, penyanyi, Ismail Izzani dan kumpulan M-pop, Dolla telah dipilih untuk mengukuhkan identiti fesyen Adidas sebagai simbol gaya serta jiwa di Malaysia.
“Kami memilih Ismail dengan gaya muzik yang sukar dikategorikan dan Dolla dengan persona berani dan penuh tenaga dan kedua-duanya mewakili generasi yang tidak takut untuk bersuara serta mencipta ruang mereka sendiri dalam dunia seni.
“Menerusi kempen ini Adidas Originals terus mengukuhkan identitinya sebagai simbol gaya dan jiwa,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Terdapat empat rekaan yang akan diketengahkan menerusi kempen tersebut iaitu Superstar II Shoes bermula daripada harga RM569, Handball Spezial berharga RM449 dan Samba OG dijual dengan harga RM569.
Selain itu, antara produk yang dijual ialah Firebird Track Top dengan harga RM429 dan Firebird Track Pant berharga RM379.
Setiap satunya bukan sekadar pakaian atau kasut, tetapi lambang identiti, ekspresi diri dan gaya yang melangkaui masa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
